Perancangan Allah adalah yang TERBAIK!!!!

Dec 13, 2009

Kepergiannya Sukar utk Aku Lupakan

Hadirnya hanya sekejap... kehilangan masih dirasai.. umur setahun 8 bulan terlalu muda utk si kecil ini menderita penyakit kanser kalenjar.. betapa peritnya perasaan aku ketika kehilangannya tanpa di sangka2. anak saudara aku yang paling aku sayangi.. W.Ahmad Mujahid... satu nama yang takkan aku lupakan.. kehadirannya menceriakan kami.. masih aku ingat gelagat nakalnya.. sungguh mencuit hati.. tapi Allah lebih menyayanginya.. Arwah pergi dalam keadaan yg begitu menyedihkan.. kanser itu menyerang begitu cepat. tanpa kami sedari dia sudah berada pada tahap yg kritikal. wajahnya berubah.. darah keluar mencurah2 dari hidungnya.. tak dapat aku bayangkan betapa deritanya dia ketika itu.. arwah begitu kuat melawan penyakitnya sehinggalah dia tewas dan pergi meninggalkan kami utk selamanya.. dia ke syurga utk membantunya ibunya satu hari nanti...



W.Nur Mujahidah... selepas kepergian abgnya W.Ahmad Mujahid.. dia hadir mengubat hati ibunya.. namun hadirnya juga sementara.. duka menyelubungi hati kakakku apabila permata yang di tunggu2 tak sempat melihat dunia ini.. arwah dilahirkan pra matang.. luka dihati kakakku belum terubat dgn kematian abgnya.. dia pula pergi meninggalkan ibunya mengikut jejak abgnya.. begitu besar dugaan yang diterima oleh kakakku. namun ketabahan hatinya melalui semua ini cukup aku kagumi.. kehilangan 2 anak dalam masa terdekat bukan senang utk diterima oleh seorang wanita yang masih muda..