Perancangan Allah adalah yang TERBAIK!!!!

Dec 7, 2015

Nota Hati untuk Suami




Suami...
Kamu anugerah Allah yang sangat bernilai,
hadirnya dirimu adalah daripada setiap doa-doa disujudku,
bersyukur tidak terhingga diri ini memiliki dirimu,
aku mengimpikan imam... Allah hadirkan Imam dikala solatku...
aku mengimpikan guru alQuran.. Allah hadirkan kamu memimpin bacaanku
aku mengimpikan suami penyayang.. Allah hadirkan kamu yang selalu mencari senyumku..
Aku mengimpikan Suami Syurga... dan itu adalah Kamu...

Suami...
mengertilah...
diri ini masih belajar bertatih mengejar syurga bersamamu...
didiklah diri ini sebaiknya....
terlalu banyak khilaf dalam diri ini...
hati ini terlalu rapuh untuk menerima tuturkata mu..
berlembutlah... aku isterimu mampu mendengar setiap teguranmu.


Suami...
disetiap air mata yang menitis bukan kerana aku terguris...
tetapi... air mata yang mengalir di setiap pelukan dirimu 
adalah betapa mendalamnya kasih sayangku terhadapmu...

Suami...
disetiap kucupan yang singgah di pipimu...
itulah kucupan cintanya aku pada suamiku..
Sukar untuk aku lafazkan aku teramat sayang kamu..
dengan kucupan di setiap tidurmu.. itulah tanda cintanya aku padamu..

Suami..
jadilah pendengar aku...
jadilah pelindung aku...
jadilah teman hilai tawaku...
jadilah cinta syurga utkku
kerana kaulah kebahagiaanku...

Aku isterimu..
ingin jadi yang terbaik...
ingin memenuhi setiap keperluanmu..
maafkan kerapuhan hatiku ini...
isterimu amat memerlukan perhatian dan kasih sayangmu..
Didiklah aku.... biarlah kelembutan dalam teguranmu...
kerana aku bukan isteri yang sukar untuk menerima teguranmu.

Suamiku... Kamu adalah Syurga buatku....