Perancangan Allah adalah yang TERBAIK!!!!

Apr 14, 2014

La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia

La Tahzan

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.
Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.
Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.
Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.
La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.
Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.
InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.
Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]
La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.
“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]
Dan ingatlah,
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)
La tahzan (2)
La tahzan

Bila Tiada Jodoh, Ucapkan “Kamu bahagia, saya juga pasti akan bahagia


Bila Tiada Jodoh, Ucapkan “Kamu bahagia, saya juga pasti akan bahagia”

Ada kalanya, ada orang yang sudah lama bercinta ataupun mengikat tali kasih, akhirnya ternyata tidak ditakdirkan untuk dapat bersama. Pelbagai sebab yang terjadi yang menyebabkan gagalnya melangkah ke pelamin.
Bagi menutup rasa kecewa, seorang daripada mereka mungkin berkata, “Apabila kamu bahagia, aku juga bahagia.”
Tetapi benarkah perkataan itu ikhlas dan murni dari hati, atau sekadar penyedap keadaan? Selalunya mulut berkata kuat, tetapi hati masih tidak dapat menerima.
Dihadapan dia boleh tersenyum ceria, tetapi di rumah dihujani air mata.
Apabila berhadapan keadaan sebegini, teruskan melangkah dan mempersiapkan mental bagi menghadapi kenyataan. Pada awalnya memang sukar.
Tetapi, sekiranya kita terus berusaha sedaya upaya, kita juga berani berkata dengan tulus dan murni dari hati, “Apabila kamu bahagia, saya juga pasti  akan bahagia, Insya Allah.”
Adakah kita berani berkata sebegitu?
Saya percaya, ia bukan soal berani atau tidak, tetapi ia berkenaan cara kita menerima kenyataan. Sekiranya sekadar berkata-kata, semua orang mampu mengungkapkan.
Namun, komitmen dan perjuangan yang luar biasa diperlukan bagi menerima kenyataan dengan ikhlas. Selain itu diperlukan juga keyakinan yang teguh kepada takdir-Nya.
Atas dasar itu, sikap husnuzon atau berbaik sangka kepada-Nya perlu sentiasa tertanam dalam dada.

Semoga Kamu Bahagia, Ucapkan “Barakallahulaka” 

Ini adalah ucapan termanis dan terindah sewaktu kita menghadiri majlis perkahwinannya. Tunjukkan jiwa besar kita dengan mengucapkan Barakallahulaka.
Ia adalah ucapan yang mulia dan penuh dengan doa.
Apabila Uqail bin Abi Thalib berkahwin dengan seorang wanita dari Bani Yasir, Al-Hasan berkata, “Semoga kamu berbahagia dan mendapat ramai anak.”
Uqail menjawab, “Ucapkan sebagaimana Rasulullah s.a.w berdoa, ‘Semoga Allah SWT memberi dan menjadikan kamu bahagia..‘”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Nasa’ie. Rasulullah tidak mendoakan mereka mendapat banyak anak, sebaliknya mengucapakan Barakallahulaka – Semoga keberkatan daripada Allah SWT dilimpahkan kepada mereka berdua.
Selepas memberanikan diri dan berkata “Apabila kamu bahagia, aku juga bahagia”, seterusnya adakah kita berani berkata Barakallahulaka?
Sekiranya mampu, pasti lebih baik.
Tetapi sekiranya tidak sanggup dan hati masih belum mampu menerima, usah dipaksa. Usah pula mulut kita berkata barakallahulaka, tetapi air mata berhamburan dipipi setiap masa.
Lisan kita berkata, “Aku bersedia menghadapi realiti”, tetapi hati kita masih menyimpan beban trauma.
Oleh itu sahabatku, berusaha menerima kenyataan dengan penuh kebesaran jiwa, kematangan peribadi dan sikap dewasa.
Petikan dari akuislam.com