Perancangan Allah adalah yang TERBAIK!!!!

Dec 7, 2015

Nota Hati untuk Suami




Suami...
Kamu anugerah Allah yang sangat bernilai,
hadirnya dirimu adalah daripada setiap doa-doa disujudku,
bersyukur tidak terhingga diri ini memiliki dirimu,
aku mengimpikan imam... Allah hadirkan Imam dikala solatku...
aku mengimpikan guru alQuran.. Allah hadirkan kamu memimpin bacaanku
aku mengimpikan suami penyayang.. Allah hadirkan kamu yang selalu mencari senyumku..
Aku mengimpikan Suami Syurga... dan itu adalah Kamu...

Suami...
mengertilah...
diri ini masih belajar bertatih mengejar syurga bersamamu...
didiklah diri ini sebaiknya....
terlalu banyak khilaf dalam diri ini...
hati ini terlalu rapuh untuk menerima tuturkata mu..
berlembutlah... aku isterimu mampu mendengar setiap teguranmu.


Suami...
disetiap air mata yang menitis bukan kerana aku terguris...
tetapi... air mata yang mengalir di setiap pelukan dirimu 
adalah betapa mendalamnya kasih sayangku terhadapmu...

Suami...
disetiap kucupan yang singgah di pipimu...
itulah kucupan cintanya aku pada suamiku..
Sukar untuk aku lafazkan aku teramat sayang kamu..
dengan kucupan di setiap tidurmu.. itulah tanda cintanya aku padamu..

Suami..
jadilah pendengar aku...
jadilah pelindung aku...
jadilah teman hilai tawaku...
jadilah cinta syurga utkku
kerana kaulah kebahagiaanku...

Aku isterimu..
ingin jadi yang terbaik...
ingin memenuhi setiap keperluanmu..
maafkan kerapuhan hatiku ini...
isterimu amat memerlukan perhatian dan kasih sayangmu..
Didiklah aku.... biarlah kelembutan dalam teguranmu...
kerana aku bukan isteri yang sukar untuk menerima teguranmu.

Suamiku... Kamu adalah Syurga buatku....






Sep 14, 2014

Hadiah yang terindah dariMu Ya Allah.. Aku Bersyukur


Ya Allah.... Kau hadiahkan aku dengan satu perasaan yang terindah pada ulang tahun kelahiranku yang ke 26 ini... terima kasih ya Allah... hadirnya senyuman anak2 didik yang banyak menjadi penyeri hidup ku... hadirnya seorang sahabat yang bakal menjadi pemimpinku ke syurgamu...InsyaAllah.. 

Ya Allah.... aku bersyukur dengan apa yang kau telah aturkan untukku... 13 september 2014... tarikh yang penuh keberkatan untuk aku... terlalu banyak kebahagiaan yang kau hadiahkan kepada hamba yang masih bertatih mencari keredhaanMu. Jika Kau takdirkan aku menjadi miliknya satu ketika nanti... jadilah dia seorang suami yang tak pernah letih untuk membimbing aku ke jalanMu ... jadilah dia seorang sabar mendidikku menjadi isteri yang diredhaiMu... dan Jadikanlah dia suami yang menyayangi aku hingga ke syurgamu..

 Ya Allah, aku bersyukur Kau dengari setiap doa di setiap sujudku... ku Mohon dia adalah yang terakhir untukku... sesungguh hadiahMu ini paling bermakna dan aku percaya dia yang Kau hadirkan mampu membimbingku ke syurgaMu.. Ya Allah... 

Ya Allah... Jika ini yang terbaik untukku... Kau permudahkanlah urusan ku.. kau permudahkanlah urusannya dan Kau permudahkanlah urusan kami... agar kami dapat kehidupan yang diredhaiMu... tetapkanlah iman kami dan didikkanlah hati kami agar sentiasa bersama mencari keredhaan Mu Ya Allah..

Dia.. Imamku
Dengan IzinMu..
Ya Allah

Aug 6, 2014

Maybe Ini Kenangan Akhir Utk AnjersS

 Assalamualaikum...

Masih tak terlambat lagi lau AnjersS nk ucapkan salam Aidilfitri & Salam kasih sayang dr AnjersS utk semua...... 

Dah lame AnjersS x update blog ni.. sibuk skit... now.. 
AnjersS de mase... nak conteng2 ckit... tapi nak conteng ape ye... hehe...

AnjerS now still mcm dlu... suka duka AnjersS layan semua.. 
Anjerss syukur Allah sayang AnjersS.. 
Diberi kekuatan hati & InsyaAllah AnjersS takkan pernah give up dgn liku2 hdup AnjersS.. 
Perjalanan Cinta yg agak memilukan 
tapi AnjersS tak pernah menyalahkan takdir kenapa perjalanan hidup AnjersS agak complicated 
but bagi AnjersS hidup ini indah bila di sulami kesedihan.. 
ia mengajar AnjersS utk jadi seorang yang lebih kuat untuk hadapi dugaan hidup seterusnya.


AnjersS xmo cakap banyak.. Anjerss nak share lagu ni sbnrnya... knp msti lagu ni... lagu ni de sorang sahabat tujukan utk Anjerss.. so.. sebagai tnda terima kasih... Anjerss coretkan dalam diari hati AnjersS ni.. 

Bt sahabat:
#AnjersS faham apa yg nk disampaikan dr lagu ni..
#Leave u for the sake of Allah.. 
# AnjersS hepy kamoo Bahagia..
# Sayang kamu till Jannah.. as a friend k.. not more than that.. heee


"Already Gone"

Remember all the things we wanted
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye
Even with our fists held high
It never would have worked out right, yeah
We were never meant for do or die
I didn't want us to burn out
I didn't come here to hurt you now I can't stop

[Chorus]
I want you to know
That it doesn't matter
Where we take this road
But someone's gotta go
And I want you to know
You couldn't have loved me better
But I want you to move on
So I'm already gone

Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another
That doesn't always make you wanna cry
It started with the perfect kiss then
We could feel the poison set in
"Perfect" couldn't keep this love alive
You know that I love you so
I love you enough to let you go

[Chorus]

And I'm already gone, I'm already gone
You can't make it feel right
When you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on
So I'm already gone

Ah already gone, already gone, already gone
Ah already gone, already gone, already gone

Remember all the things we wanted
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye

[Chorus]

And I'm already gone, I'm already gone
You can't make it feel right
When you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on
So I'm already gone 


Apr 14, 2014

La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia

La Tahzan

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.
Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.
Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.
Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.
La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.
Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.
InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.
Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]
La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.
“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]
Dan ingatlah,
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)
La tahzan (2)
La tahzan

Bila Tiada Jodoh, Ucapkan “Kamu bahagia, saya juga pasti akan bahagia


Bila Tiada Jodoh, Ucapkan “Kamu bahagia, saya juga pasti akan bahagia”

Ada kalanya, ada orang yang sudah lama bercinta ataupun mengikat tali kasih, akhirnya ternyata tidak ditakdirkan untuk dapat bersama. Pelbagai sebab yang terjadi yang menyebabkan gagalnya melangkah ke pelamin.
Bagi menutup rasa kecewa, seorang daripada mereka mungkin berkata, “Apabila kamu bahagia, aku juga bahagia.”
Tetapi benarkah perkataan itu ikhlas dan murni dari hati, atau sekadar penyedap keadaan? Selalunya mulut berkata kuat, tetapi hati masih tidak dapat menerima.
Dihadapan dia boleh tersenyum ceria, tetapi di rumah dihujani air mata.
Apabila berhadapan keadaan sebegini, teruskan melangkah dan mempersiapkan mental bagi menghadapi kenyataan. Pada awalnya memang sukar.
Tetapi, sekiranya kita terus berusaha sedaya upaya, kita juga berani berkata dengan tulus dan murni dari hati, “Apabila kamu bahagia, saya juga pasti  akan bahagia, Insya Allah.”
Adakah kita berani berkata sebegitu?
Saya percaya, ia bukan soal berani atau tidak, tetapi ia berkenaan cara kita menerima kenyataan. Sekiranya sekadar berkata-kata, semua orang mampu mengungkapkan.
Namun, komitmen dan perjuangan yang luar biasa diperlukan bagi menerima kenyataan dengan ikhlas. Selain itu diperlukan juga keyakinan yang teguh kepada takdir-Nya.
Atas dasar itu, sikap husnuzon atau berbaik sangka kepada-Nya perlu sentiasa tertanam dalam dada.

Semoga Kamu Bahagia, Ucapkan “Barakallahulaka” 

Ini adalah ucapan termanis dan terindah sewaktu kita menghadiri majlis perkahwinannya. Tunjukkan jiwa besar kita dengan mengucapkan Barakallahulaka.
Ia adalah ucapan yang mulia dan penuh dengan doa.
Apabila Uqail bin Abi Thalib berkahwin dengan seorang wanita dari Bani Yasir, Al-Hasan berkata, “Semoga kamu berbahagia dan mendapat ramai anak.”
Uqail menjawab, “Ucapkan sebagaimana Rasulullah s.a.w berdoa, ‘Semoga Allah SWT memberi dan menjadikan kamu bahagia..‘”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Nasa’ie. Rasulullah tidak mendoakan mereka mendapat banyak anak, sebaliknya mengucapakan Barakallahulaka – Semoga keberkatan daripada Allah SWT dilimpahkan kepada mereka berdua.
Selepas memberanikan diri dan berkata “Apabila kamu bahagia, aku juga bahagia”, seterusnya adakah kita berani berkata Barakallahulaka?
Sekiranya mampu, pasti lebih baik.
Tetapi sekiranya tidak sanggup dan hati masih belum mampu menerima, usah dipaksa. Usah pula mulut kita berkata barakallahulaka, tetapi air mata berhamburan dipipi setiap masa.
Lisan kita berkata, “Aku bersedia menghadapi realiti”, tetapi hati kita masih menyimpan beban trauma.
Oleh itu sahabatku, berusaha menerima kenyataan dengan penuh kebesaran jiwa, kematangan peribadi dan sikap dewasa.
Petikan dari akuislam.com

Dec 15, 2013

BERAKHIRNYA SEBUAH CINTA....


Nampak cam sadis je kan tajuk entry anjerss kan....
sadis la jugak... tp anjers ok jep....
 setahun sudah anjers x update blog ni....
sbuk kot.... 
sebelum anjers teruskan anjers nk gtau anjers sekarang dh abes study dah..... hoyeeeahhh...
now anjerss dah berkerjaya... as a kaunselor... kat kolej swasta sekitar kemaman...
 kolej ape???? rahsia dulu yerp... hehe
now anjers truskan idup cam bese... dulu dengan si dia.... now single... tp anjers bahagia dengan idup anjers yang baru... anjers dh dpt gapai impian anjers. walaupun dah kehilangan dia dengan sekelip mata..
 tapi Allah anugerahkan anjers dengan sesuatu yang lebih baik... anjers dapat kerja... anjers dpt baby CDJ anjers n anjers dapat kawan2 yg sangat anjers syg.... anjers hepi dengan idup anjers sekarang... 
pasal cinta... anjers hold dulu kot.... anjers nk truskan kerjaya anjers... ade jodoh anjers akan jumpa la kot...
pape pn walaupun kisah cinta anjers agak la tragis tp anjers x mau ungkitkan lagi bt masa ni.... mgkin next entry kot... yang pasti anjers hepi anjers single macam ni....hehe..
ok la.. anjers nk truskan kerja dlu,... curi2 mase jap... sementara bos xderk ni.. hehehe... ok... jumpa next entry k...